Monday 15 April 2013

KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE TERBUKA JOHOR 2013

Pada 6 hingga 7 April 2013, satu Kejohanan Petanque Terbuka (Double) Johor 2013 telah dianjurkan bertempat di Gelanggang Petanque Batu Pahar, Johor. Antara pemain yang mewakili Negeri Sembilan adalah merupakan pelajar dan bekas pelajar SMK Serting Hilir Kompleks seperti Norazwani Rahim dari kelas 4 UUM ,Norashimah Senin (4 UUM) Nur Farah Hana Musa (5 USM) dan beberapa bekas pelajar SMK Serting Hilir Kompleks iaitu Nurul Atikah Abu Talib, Siti Zubaidah Abu Talib, Aribah Aida Hassan dan Mas Idani Asmaon. Norashimah Senin yang berpasangan dengan Nur Farah Hana Musa telah berjaya menjadi Johan seterusnya merangkul hadiah merangkumi wang tunai RM 1000 & medal manakala Norazwani Rahim yang berpasangan dengan Mas Idani Asmaon menyandang gelaran naib johan dan seterusnya merangkul wang kemenangan RM 700 beserta medal. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar SMK Serting Hilir Kompleks untuk berjaya dalam bidang yang diceburi di masa akan datang. Tahniah!            
            
Johan Keseluruhan. Tahniah!







Naib Johan Keseluruhan. Tahniah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...