Friday 15 March 2013

PROGRAM CELIK SIFIR SEMPENA MINGGU SAINS, MATEMATIK & ICT 2013




Gimik Perasmian Minggu Sains, Matematik & ICT. Gunung Berapi!
.


Suhaila menjawab soalan sifir yang dikemukakan



Mereka Saintis masa depan ! Cikgu Hisham Ketua Saintis Serhills =)


Encik Nasbi (GPK Hem) dan Encik Ahmad (Pengetua) kelihatan gembira melakukan eksperimen =)
 

Monday 11 March 2013

THE VICTORY OF SMKSHK!

Tempat ketiga Pertandingan Bahas Peringkat Daerah Jempol

Pingat Emas Lompat Kijang & Lompat Jauh Kejohanan Olahraga & Balapan MSSD Jempol 2013

Tempat ketiga Pertandingan Bahas Peringkat Daerah Jempol

Pingat Emas 4 x 400 Meter L15 Kejohanan Olahraga MSSD Jempol 2013

Naib Johan Kejohanan Tinju Golden Glove Kebangsaan 2013

Tempat ketiga Pertandingan Bahas Peringkat Daerah Jempol
Naib Johan Tinju

Naib Johan Tinju
Johan Kejohanan Petanque Peringkat Negeri Sembilan (Kategori Koperasi Sekolah Lelaki)
Johan Kejohanan Petanque Peringkat Negeri Sembilan
Tahniah! Terus harumkan nama SMK Serting Hilir Kompleks di persada Malaysia!

Sunday 10 March 2013

SUKAN BARU SMKSHK : TINJU

Selain daripada Judo, antara sukan baru yang diperkenalkan di SMKSHK adalah tinju dan lebih membanggakan, walaupun dengan latihan yang amat singkat, Atlet Tinju sekolah kita telah dihantar menyertai Kejohanan Tinju Golden Glove Peringkat Kebangsaan di Port Dickson. Tambah membanggakan lagi seramai 5 orang Atlet Tinju Perempuan sekolah kita berjaya menjadi Naib Johan mengikut kategori masing-masing. Tahniah! Anda kebanggaan SMK Serting Hilir Kompleks dan Negeri Sembilan!

Ainul Mardhiyahul Hazizah (Timbalan Ketua Pemimpin Pelajar) beraksi!

GPK Kokurikulum turut sama memberi sokongan

Atlet Tinju Lelaki memberi sokongan

Trofi kemenangan. Tahniah!


KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD JEMPOL 2013

Kejohanan Balapan & Padang MSSD Jempol merupakan acara tahunan yang dianjurkan dan pada tahun ini SMK Datuk Mansor bertindak selaku tuan rumah. Kejohanan ini berlangsung pada 5 Mac 2013 dan tamat pada 8 Mac 2013. Pasukan Olahraga SMK Serting Hilir Kompleks telah menghantar seramai 41 Atlet. Berikut merupakan pemenang pingat yang disumbangkan oleh Atlet Olahraga SMKSHK 

EMAS
 Nur Farahana Musa 
(Lompat kijang dan lompat jauh)

Muhamad Zaidi Zainal
Muhamad Irfan Effiqal
Mohd Zaidi Firdaus
Muhamad Aiman Adli Azahari
Muhamad Shazry Amri
(4 x 400 M Lelaki Bawah 15 Tahun)

PERAK
Nur Shahirah Zamri (Lompat Tinggi)
Muhamad Zaidi Zainal (200 Meter L15)
Khairul Naim Yusof (Lompat Kijang L18)

GANGSA
Nur Syafiqah Zamri (Lompat Tinggi P13)
Siti Nur Atina Din (Lompat Kijang P15)
Muhammad Irfan Effiqal (Lompat Jauh L15)
Mohd Zaidi Firdaus (800 M L15)
Harun Abu (Lempar Cakera L18)

Keseluruhan, Pasukan Olahraga SMKSHK telah berjaya merangkul 3 Emas, 3 Perak dan 5 Gangsa. Tahniah!

Bendera SMKSHK berkibar megah!

Atlet 4 x 400 Bawah 15 Tahun

Tahniah Zaidi Firdaus! Kecil-kecil Cili Api!



Tahniah Atlet semua!

   

Friday 8 March 2013

BILIK GERAKAN LPP : "MAKE OVER"

Cikgu Raal bersama-sama LPP mengecat bilik gerakan

Atam dan Sofea senyum kambing sambil mengecat



Sempat lagi tersengih Ain dengan Tasha

Sampai terduduk Nasrul mengecat!

Liyana (Rakan LPP) juga bersama-sama membantu proses transformasi Bilik Gerakan LPP

Azian memantau sambil berpesan.. "Buat kerja baik-baik ye.."




Alhamdulillah, ramai LPP dan rakan LPP (Kadet Polis, Pustakawan) membantu proses transformasi Bilik Gerakan LPP ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Panitia KHB kerana memberi sedikit bantuan peralatan, Pihak Staf Pentadbiran (menyumbang Skirting) dan semua pihak yang memberi bantuan secara langsung dan tidak langsung semasa proses pengemaskinian Bilik Gerakan LPP. Semoga para LPP lebih bersemangat untuk bergerak kerja dengan menggunakan bilik gerakan yang berwajah baru. LPP boleh!

Monday 4 March 2013

KURSUS BIMBINGAN & KEPIMPINAN LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR (LPP) 2013

Bermula pada 1 Mac 2013, Lembaga Pemimpin Pelajar dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid serta Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan Kursus Bimbingan & Kepimpinan LPP bagi sesi 2013 yang berakhir pada 3 Mac 2013 bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang. Kursus ini dianjurkan bagi meningkatkan dan mengasah bakat kepimpinan para pemimpin pelajar SMKSHK seterusnya meningkatkan keyakinan para pemimpin pelajar dalam menghadapi sebarang tugasan semasa di sekolah. Guru-guru yang terlibat adalah Puan Hanizam Mohamed, Puan Linah Hamzah, Puan Junaidah Mansor, Encik Ahmad Fikri Abu Bakar, Encik Wan Raalzizi Wan Rahimi dan Encik Mohd Dzulhalmi Hussin. Kursus ini juga mendapat kerjasama yang sangat baik daripada fasilitator jemputan iaitu Encik Mohamad Hafiez Dzulkarnain (Kaunselor SMK Nusa Jaya, Gelang Patah, Johor) & Encik Hairul Faiezi Lokman (Guru Orator SMK Bukit Sentosa, Rawang, Selangor). Untuk rekod, Encik Mohamad Hafiez Dzulkarnain merupakan Yang Dipertua Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid di Universiti Pendidikan Sultan Idris manakala Encik Hairul Faiezi Lokman merupakan Pendebat semasa menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Hari Pertama (1 Mac 2013)   

Melawat kawasan sekitar


Sunday 3 March 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH JEMPOL

Pada 22 Januari 2013, Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Jempol telah dianjurkan di mana SMK Serting Hilir Kompleks telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua warga SMK Serting Hilir Kompleks sempena penganjuran Kejohanan Merentas Desa Daerah Jempol pada tahun 2013 ini. Jumpa lagi pada tahun hadapan!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...