Thursday 31 January 2013

SEJARAH SEKOLAH



SMK Serting Hilir Kompleks merupakan sebuah sekolah gred A luar bandar yang terletak kira-kira 30 Km dari Pekan Bahau dan 100 Km dari Bandar Seremban.


SMK Serting Hilir Kompleks ditubuhkan pada 3 Disember 1995. Pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan pertama pelajarnya yang hanya berjumlah 165 orang menumpang di SK Serting Hilir Kompleks. Perlaksanaan perlajaran dan pembelajaran dijalankan pada sesi petang dan digerakkan oleh 16 orang guru serta dibantu oleh 3 orang staff sokongan. Antara sekolah yang berperanan sebagai 'feeder school' kepada SMK Serting Hilir Kompleks ialah SK Serting Hilir Kompleks, SK Serting Hilir 2, SK PULAPAH, SK Sungai Shampo dan SK Tembangau.

SMK Serting Hilir Kompleks berpindah ke bangunan baru pada 6 Januari 1997 dengan pelajar berdafter seramai 326 orang dan 28 guru beserta 5 staff sokongan.

Pada tahun 1998, kumpulan pertama pelajar tingkatan 3SMK Serting Hilir Kompleks telah enduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Kumpulan pertama pelajar SMK Serting Hilir Kompleks menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2000.

SMK Serting Hilir Kompleks mempunyai 4 blok bangunan 3 tingkat dan 1 blok bangunan 2 tingkat. Selain bilik darjah, sekolah ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan asas sepertu Pusat Sumber, Makmal Sain, Makmal Komputer, Makmal Bahasa, Bengkel Kemahiran Hidup, Bengkel Sains Pertainan, Bengkel Katering Bilik Kaunseling, Kantin, Padang, Kedai Koperasi, Bilik Rawatan, Bilik Gerakan Minda dan Bilik Carna Minda. Kemudahan-kemudahan asas ini memudahkan proses pencerapan ilmu dan nilai-nilai murni dijalankan secara terancang dan berkesan. Pada tahun 2006, sebuah surau telah dibina untuk keperluan rohani warga SMK Serting Hilir Kompleks dan dinamakan Surau Ar Raudah, sedikit penambahan telah dilakukan kepada tempat meletak kenderaan beratap untuk keselesaan guru-guru.


Pada tahun 2009, SMK Serting Hilir Kompleks  telah mendapat satu dewan baru dan satu blok bangunan baru dalam melancarkan lagi proses pangajaran dan pembelajaran di sekolah yang tercinta ini...

FATHIPUTERA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...