Sunday, 14 April 2013

BENGKEL SUKSES SKOR A MATEMATIK PMR 2013

Pada 13 April 2013 (Sabtu) telah berlangsung Bengkel Sukses Skor A Matematik bertempat di Dewan Ujana Ilmu SMK Serting Hilir Kompleks sempena Program Saturday Camp. Bengkel ini disasarkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang merupakan batch terakhir menduduki PMR pada tahun ini. Guru-guru yang terlibat adalah Encik Mohd Dzulhalmi Hussin dan Puan Haryati Ali. Selain ini, program ini turut dibantu oleh Fasilitator yang digelar Guru Muda yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 yang mendapat A dalam subjek Matematik pada PMR 2012. Mereka adalah Nurul Liyana Rahman, Nurul Farhana Zulkifli, Farhanah Yazid, Nurul Mahirrah, Nurul Munirah, Aminurrashid, Aminah Asyura, Nasrul Nizam, Zalina, Aimuni, Siti Nurhaniza dan Mustakim. Kesemua mereka merupakan pelajar 4 USM dan mengambil jurusan Sains Tulen pada tahun ini.

Irfan Effiqal membantu rakan-rakan menjawab soalan modul

Guru Muda Mahirrah (Angah) membantu adik-adik Tingkatan 3

Ceria sungguh Amri walaupun penat selepas menyertai Kem Kadet Polis

Idlan mengantuk ke?Steady Idlan!






Aiman Adli tampil untuk menjawab soalan. Bagus!



Sakilla berani tampil ke hadapan untuk menjawab soalan. You go girl!




Setiap kumpulan terdiri daripada 3 UIA,3 USM, 3 UUM, 3 UPM dan 3 UKM

Guru Muda Farhana tampak gembira membantu junior-junior Tingkatan 3

Puan Haryati Ali memberi tips menjawab soalan PMR

Fakri kelihatan kusyuk. Khairudin sempat posing!

Zaidi Zainal memberi fokus walaupun penat kerana pada hari Jumaat terlibat dengan Kejohanan Olahraga Negeri Sembilan

Guru Muda Haniza (Atam) turut sama membantu adik-adik Tingkatan 3

Ikmal Maarof (3 UUM) tampil menyelesaikan soalan di hadapan rakan-rakan lain. Tahniah!

Natasha Adila a.k.a Jebon kusyuk mencari jawapan
Entah apa yang mereka gelakkan. =)



Guru Muda Aminah Asyura juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama berkongsi ilmu

Terima kasih Guru Muda sekalian. Semoga berjaya di SPM kelak!

Alhamdulillah, kehadiran juga adalah amat membanggakan walaupun program ini dilaksanakan pada hari Sabtu. Terima kasih diucapkan kepada para Guru Muda yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 yang cemerlang pada PMR yang lalu. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli Panitia Matematik SMK Serting Hilir Kompleks. InsyaAllah, jika ada kelapangan, akan diusahakan untuk melaksanakan program ini kelak.

Doa, harapan dan usaha kami para guru tak akan pernah putus! Selamat berjaya pelajar-pelajar semua!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...