Friday 13 September 2013

PEPERIKSAAN 2013

Assalammualaikum. Alhamdulillah pelajar-pelajar tingakatan 3 dan tingkatan 5 telah tamat mengambil peperiksaan percubaan PMR & SPM. Selepas beberapa minggu pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan percubaan, mereka diberi lagi satu peperiksaan iaitu gerak gempur. Kini mereka juga telah menduduki peperiksaan tersebut.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menjawab peperiksaan percubaan SPM, mereka pula akan menduduki peperiksaan gerak gempur pada 23 September 2013. Dengan kesempatan ini saya mohon kerjasama pembaca blog mendoakan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM mendapat keputusan yang sangat cemerlang.

Pesanan ikhlas daripada saya, kepada pelajar tingakatan 4 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2014 bersiap sedialah daripada sekarang. Dan juga kepada semua pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Selagi kita berkesempatan berusaha, berusahalah sebaik mungkin. Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...