Thursday 25 April 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2013



Pada 19 hingga 21 April 2013 yang lalu. Pusat sumber sekolah telah mengadakan kursus kepimpinan yang bertempat di Dusun Eco Resort, Bentung, Pahang.

Sedikit sebanyak tentang Dusun Eco Resort :



Perkampungan latihan Dusun Eco Resort terletak di Bentong, Pahang bertemakan 
Eco- Tourism. Selaras dengan tema ini yang memberi tumpuan kepada ekologi, nama-nama chalet dan dewan dinamakan dengan nama-nama bunga, ikan, burung-burung dan pokok-pokok hutan yang terdapat di kawasan hutan tropika dalam Negeri Pahang. Oleh kerana resort ini terletak dalam daerah Bentong, Pahang tidak ketinggalan juga memperkenalkan Bentong dan Negeri Pahang sebagai destinasi Eco-Tourism . Nama-nama chalet menggunakan nama-nama kampung dalam daerah Bentong seperti Ketari, Karak, Janda Baik, Lebu, Lurah Bilut, Telemong dan Simpang Pelangai manakala nama-nama bandar dalam Negeri Pahang seperti Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Temerloh, Raub, Lipis dll dijadikan nama-nama chalet. Nama-nama dewan selain menggunakan nama-nama ikan sungai yang terkenal seperti jelawat, patin, keli, dan haruan juga menggunakan nama 3 mukim dalam daerah Bentong iaitu Bentong, Pelangai dan Sabai.


Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan disana antaranya ialah :


Rentas Halangan

-Halangan Tembok
-One Step Ladder
-Straight Walk
-Spider Net
-Side Walk
-One Step Swing
-Titian Balak
-Kargo Net 
-Gelung Tayar
-Balancing 'V'
-Commando Crawl
-Commando Crop

Rock Climbing , Jambatan Gantung Dan Jungle Tracking





HARI PERTAMA



Tiba di destinasi yang hendak dituju

SURPRISE


Memasuki asrama masing-masing


Bacaan yassin setelah solat Isya'




HARI KEDUA

Jungle Tracking






Aktiviti rentas halangan















HARI KETIGA




Rock Climbing


















REPORT BY FATHIPUTERA

Thursday 18 April 2013

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK SERTING HILIR KOMPLEKS 2013

Pertandingan Kawad Kaki SMK Serting Hilir Kompleks merupakan pertandingan yang dianjurkan pada setiap tahun bagi mencari pasukan kawad kaki yang bakal mewakili sekolah dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Jempol. Pertandingan yang berlangsung pada 17 April 2013 ini menerima penyertaan sebanyak 6 pasukan yang terdiri daripada Pasukan Kawad Kaki Pengakap, Kadet Remaja Sekolah (Lelaki & Wanita), Kadet Polis (Wanita), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kadet Bomba dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Pasukan yang menang akan mewakili sekolah ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Jempol yang akan berlangsung pada 30 April 2013 di SMK Palong 7, Jempol, Negeri Sembilan. Tahniah kepada pasukan yang menang dan jutaan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian. Tahniah!

Gaya seorang Srikandi KRS. Faezah!


Sekali Pengakap Selamanya Berpengakap!


Ketua Platun In The Making. Al-Aqib!

Cikgu Anita & Cikgu Azlina juri tetap. Bagi markah lebih ye cikgu =)

Penyandang kejuaraan 4 tahun berturut-turut. Puteri Islam. You go girl!

Kawad formasi yang menarik!
Wakil KRS Lelaki yang semangat. Tahniah!

Sofea & Zalina sempat posing. Yeah!

Srikandi KRS yang ceria

ASP Kharudin Ismail yang dedikasi!

BSMM sedia berkhidmat!

Hafiz Fazlulrahim yang cemerlang!

Kadet Polis Wanita. Hebat!

Kadet Bomba. Mantap!


Jelitawan SMKSHK Beruniform!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...